HATE ME

Okay finally betul lah memang dia benci aku. Dah banyak sangat dah dia kutuk belakang aku agaknya. Harini dah berapa banyak 'sakai' dah dia bagi aku. Aku sakai? Kau tak eh? Memang tak pun.
Tapi en aku ni kalau orang dah kutuk kutuk aku ni eii memang aku nak polak tahap gaban lah. Tapi aku taktahu lah asal kalau dia yang buat aku rasa taknak balas. Entah lah taktahu lah asal doo.
Lagipun susah aku nak benci even dia benci aku gilagila punya gila.Tapi kan bagi lah tahu kita kenapa awak benci kita. Kita nak tahu sangat sangat yang teramat sangat.
Kalau tak keberatan baik awak unfollow je kita oh. Orang annoying tak layak untuk di follow bukan? Mesti kemain banyak lagi kau kutuk aku kan kan kan? Tapi asal aku tak balas ek? Biasa nya bab bab ceni ah aku semangat nak balas. Sampai awak je kita rasa macam nak nangis and redha jee apa yang awak cakap. Kita tak marah awak nak cakap buruk pun pasal kita tapi memang aku akan terasa lah en. Sakit hati tu ada lah sikit tap takde ah sampai nak bunuh kau.
Biasanya orang macam ni dah masuk dalam list untuk dibenci ceh poyo jee. Tapi kau susah pulak aku nak benci. Haihh pasrah jelah. Kita pun bukannya ada pape pun kan? Kawan pun tak. Maybe tak lama lagi kita musuh lah kot. Kot lah.
Tapi kan awak kalau still ada masa kita nak mintak maaf dari hujung rambut hingga ke hujung ibu jari kaki awak. Kita taktahu apa silap kita tapi kita mintak sorry eh. Kita kalau boleh taknak awak benci kita. KALAU BOLEH LAH. Seriously memang kita mintak maaf sangat sangat. Maybe yes kita annoying, gedik mengada bajet kat mata awak. Kita tak perasan pun attitude kita macam tu. Im sorry okay?

I DONT FUCK THIS BOY~

Okaaayyy. guess what? Apa yang nik and fira fikir tu betul kot. Someone benci aku. Someone yang aku suka - bak kata nik. Hahaha enough lah wei orang dah boleh move on apa lagi B?! Kadangkala janganlah kau perasan dengan apa yang aku tweet. Takde dah aku nak tweet pasal kau nya. Cerita pasal kau banyak lah. Act, terkejut gak bila kau bertindak begitu. Tak ku sangka lah ghupenya gini perangai kau. Tapi apape pun aku tahu kau memang budak yang baik. Yeaahh kau dah benci aku so apa boleh buat kan?

BITCH ? Hahahaha. Ni kalau dah perasan dengan apa orang tweet ceni ah. Tapi yang ni aku tak sangsi lagi memang betul tekaan mereka. Sudah lah. Seandainya kau tahu lah kan, aku tak harap apape lagi dah dekat kau. Okaylah suka sayang tu tipu lah kalau cakap takde kan. Tapi aku tak harap something yang cane ek nak cakap something yang macam bighope laa. Sorry lah aku dah boleh bergerak sendiri. Tapi kalau kau nak benci aku go on :) Ooo so selama ni bitch tu aku lah yee? Haha oh haha kay thanks awak :*

Btw, thanks kerana benci kita even kita taktahu apa salah kita tapi terimakasih lah. Awak membuatkan kita lebih senang untuk move and maju ke depan. "Already? Alhamdulillah b"Peerrghh sumpah terasa gila dengan tweet kau ni. Tapi bak kata nik jangan suka ambik hati dengan tweet orang sbb kekadang tu bukan tuju dekat kita. Haa tapi yang ni aku nak terasa jugak sebab aku yakin yang ni memang untuk aku. Kaaaannnn? Haa papepun aku tahu kau baik. Msti ada sebab asal kau benci aku kan? Tapi bak kata diorang "Buat apa nak kesah?" Nak polak pun tak guna. Tapi satu jelah kita rindu awak okbye.

WhatIGotToDoToMakeYouCare


Hi awak disana. Apa khabar sihat? Hmm kita cuma nak bagitahu kita rindu awak :( kbyee.
Its hurt kan when kita rindu someone yang tak miss kita balik :/ 
Patah seribu haaaaaaaatikuuu.. Tu lagu ShilaAmzah kan?
Oh orang yang kita rindu tu peminat no1 dia.
How I wish kalau dia yang minat kita ceh ceh ceh peghasaaan nyeewww :<
Kat sekolah everytime nak lari dari aku. Macam lah aku ni alienn. Yelah i know who i am. 
Tapi aku bukannya nak bunuh kau. Muka aku macam penjenayah maybe :(
Btw kan awak, asal awak selalu elak dari kita? Kita bukannya nak culik awak ke apa. Tak payah lah buat macam tu, awak buat kita rasa terlalu hina lah ceh hahahaha. 
Haihhh ghindunyaaaa. Dengar lagu jiwang time ni mesti boleh menangis oh sebab hati tengah sayu mendung :'/
Eh awak tahu tak, you're the best thing that ever happened kat kita. Kalau awak nak tahu lah. Even nanti kita dah kahwin dengan orang lain pun kan, kita rasa mesti kita still ada hati kat awak hahaha hmm susah ah nak lupakan awak. Apasal ek? 
Awak jangan fikir kita lembik oh even kita ni selalu menangis tapi airmata kita tu berharga tahu. Haa kita tak lembik kita kuat sebab tulah sampai sekarang kita still tunggu awak sebab kita kuat faced semua ni.
Kita tak mungkir janji macam awak haha sorry just saying. Kita mintak sorry eh kalau awak terasa kita cuma memberitahu yang benar dan nyata. 
Friends are everything to you right? Awak caring gila kot dengan sahabat sahabat ceh. Hm kalau centu kita nak jadi kawan awak boleh? #KalauLahBolehKan.. Mujhse Dosti Karoge? Ceh hahaha.

I PROMISE YOU THAT I'LL BE RIGHT HERE WAITING FOR YOU, FOREVER AND ALWAYS 
#PleaseNoteThisBoy.
p/s: IMissYou :'>

6th JULY

Hihii dah lama tak update blog.Ghinduuuu.. Aaa btw, semalam kan genap sebulan break . Haihh takde jodoh lah katakan. cer tengok fira dia dengan chom selalu sangat gaduh tapi happy jee stay on je lagi.Omey kan? Hm sekejap je dah sebulan. So maknanya dah sebulan jugak lah kitorang tak bertegur and contact. Rindu tu rindu lah jugak. Tapi kalau asyik fikir dia jee caner nak move on en? Biarlah mama cakap dah ada family and kawan kawan pun cukup lah. Hoyeahhh but kenapa still mesti kena rindu dia oh :/ Semalam en mata itee bengkak oh. Siapa yang tahu senyap jelah. Bengkak macam kena gigit lebah tak pun lovebite cehmenda err . Sor lah siapa ang rasa aku ni gedik and mengada tapi mmg menangis tu hobby aku. Any prob? Haa puyus tak puyus kan? Haaa today really so bosan. Kang sat nak pi melaka nak tengok kak lia. Homework bergunung. Kepala asyik ingat dia je. Tak habis habis dia en haha okaylah byeee temuaa nah muah sikit. Tatatititutuuu.

HIDUP TANPA MEREKA

See the title up there? Menyedihkan bukan? Ceh takdalah nak 'tanpa' sangat kan. Sebenarnya macam ni, nak tahu tak? Taknak tak apa. Okaykay. Tadi kan cikgu account dia nak buat pertukaran sikit lah alaa dari segi kata lain buat kelainan sikit hikhik takdelah cikgu cakap ada parents and cikgu compain blablabla then kena pisahkan partner masing masing. Then secara tetibanya aku kena duduk sebeblah izza. Itu okay lagi yang peritnya bila fira nun jauh disana nik pun nun jauh di mata tapi mereka tetap dihati ceh k tak lawak. Pastu duduk tepi pintu yaAllah bosannyaaaaaaaaa :/ Rasa macam taknak datang sekolah pun ada jugak.

Nak tahu tak fira duduk dengan siapa? Dengan Aini Fatihah. Taktahu lah macam mana life fira nanti bila duduk dengan budak baik and pendiam macam aini. Tapi elok gak kalau fira jadi macam aini. Hmm apape pun aku nak tukar tempat dengan aini ! Hm kalau lah boleh. Nik pulak duduk dengan madhi. Haa okay jugak tuu sebaris dengan fira pulak tuu. Aku jee yang tersasar over sangat. Cikgu pun kalau nak pisahkan pun takpayah lah sampai macam ni sekali. Taktahu lah macam mana besok. Memang moody habis ah ceni.

Dah ah sekarang pun dah badmood dah ni kbyee :b 

SALAM NISFU SYA'ABAN

Assalamualaikum semua :) Malam ni malam yang mulia kan? So, dengan ini, saya Nor' Ain Najwa Adnan ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki anda semua. Silap yang sedar atau di luar kesedaran ampunkan lah saya. Sengaja atau tidak sengaja maafkanlah saya. YaAllah, ampunkanlah segala dosaku selama ini dan berkatilah segala amalan ku kepadamu. Aminnn

BAD DAY

Haaii. Harini aku sihat walaupun menanyo tapi harini memang aku sihat sebab pagi pagi dah minum milo and time nak pergi sekolah rasa nak ter-ber** huhuu. HAHA saja pancing ingatkan lawak tadi ghupenyew tak . Okay tadi kan sekolah macam biasa jekan? Haaa then, tah macam mana tah boleh timbul niat jahat nak 'terbang terbang'. Dia bukanlah terbang sangat sebab kami guna cara yang halal haha k tak lawak. Haa lagipun ni bukan sekali dah banyak kali dah buat macam ni then kira mcam experience banyak lah so apa lagi... haa kan kan? *tetiba jee.

Dah lah taknak lah cerita pasal benda buruk ish ish ish. Haaa btw, nak cito lah kan. Korang pernah suka classmate sendiri? Haa ngaku cepat ngaku cepat. Haha jadahnya tanya macam tu. Saja je tanya sebab itee pun suka classmate sendiri huehuehue :3 Aaa bukan suka jee sayang pun ada haa gedik dok? But itulah realiti tiada penipuan dan muslihat. Hari hari nampak dia dekat class rindu pun bertambah tambah. Almaklumlah dulu dia pernah jadi sebahagian daripada hidup gua. Sebahagian jee belum sepenuhnya. Haa Edward and bellaa satu class what. Then boleh jee happy ever after #ThisIsNotFairytaleStory. Dulu kan aku rasa aku manusia paling bertuah sekali. Dulu lah sekarang dah tak dah. Sekarang ni aku lah manusia paling malang sekali HAHA sadlife huh?

Well aku selalu doa aku boleh putarkan balik masa. Masa ini mencemburui kita tahu tak anak anak? Cehmenda anak anak nya en. Hm serious nak undurkan balik tapi aku bukan nobita. Nobita tu lain lah ada kawan macam doraemon. Boleh ah citer en. Boleh tak kalau dekat dunia takpayah wujud perkataan 'break' tuu. And tak wujud istilah 'patahhati' . Hati tuu kalau dah patah memang betul betul sakit tahu tak.

Aaaa tadi kan mama cerita dekat kawan dia macam bisik bisik oh. Then macam mencurigakan sikitlah. Pastu aku pun apa lagi curi curi dengar leww. Ghupenyew dia citer pasal aku! Kalau cerita baik takpe ni dia citer macam ni. " Si abby tu aku taktahu lah dia lah anak aku yang paling pelik sekali. Tengok lah result dia menakutkan macam mana lah nak spm nanti. Mintak itu ini nak pulak bila orang suruh belajar taknak" Hmm abby mintak sorry laa maa orang janji orang takkan jadi anak mama yang palinnnnggg tak pelik sekali. Haa dont worry lah maa be happy :D

Harini aku cerita bergantungan kan kan kan? Menda err.. Dah lah chou huhuuu 

LIVE LAUGH LOVE

Oh morning guysss. Bangun pagi pagi just nak update blog. Macam apa kan tapi sukahati aku lah. Sebenarnya nak call dia tapi takut gilaaaaaaaaaaaaaaaa dia reject. Nanti diri sendiri yang malu huhh. Siapa nak tahu, sekarang ni life aku laaaaahhhh yang paling sedih sekali. Dekat rumah dah lah asyik kena marah jee dah buat kerja rumah pun asyik kena marah. Tah benda apa lagi yang nak kena buat. This is lifeeee. Maaa life. Orang cakap Life is Peace and Enjoy your Life. Haaa hidup ni dah takde peace dah. Hmm sad huh?

Okay that was life. How about laugh? Haha ceh konon speaking. Kalau dengan diorang mesti aku banyak gelak. Siapa diorang? Diorang laaahhh fira, syaz, nik, qama and semua lah. Sebab diorang ni mempunyai bakat untuk menjadi pelawak. Haa diorang pandai nak hiburkan hati itee :3 huehuehue. Yeah sometimes kitorang boleh jadi gilaa macam apa. Nonstop gelak hoyeaahh tu kerja kami. Kami ni tak suka ber-gosip tau tau haha booo c(; Biarlah orang nak cakap apa pun, but we know who we are and dont judge a book by its cover. Haaaa nampak tak tu? Aaaa okaylah enough for Laugh

 

How about Love? Haaaaaaa love love love. Nak jee cakap 'benci benci benci' dekat Love. Tapi takboleh jugak sebab kalau bukan sebab 'love' sampai sekarang aku takkan 'love' dia haha cehmenda err. Haaa nak dengar satu cerita tak? Haa meh sini baca.

Once upon a time, something happened to me. It was
the sweetes thing that ever could be....a fantasy
a dream come true!
it was the day i met you sayang !!

Haa ni macam cerita tergantung sikit ah. Tapi tu just kenangan jekan. Kenangan terindah yeaahh sangat indah. Sebulan yang lepas, i am the happiest girl inthe world. tapi sekarang? Aku lah manusia paling menyedihkan :/ Haha kecewa bebnor nampaknya kan? Huh memang pun! Firaa cakap, 'dont cry for a guy who left you' .. Yeahh easy to say but hard to do. Dah lah senyap ah ain kbyeeee..

LIFE IS TOO SHORT

Heyoo. Harini hari paling penat and menyedihkan. Semalam kan ada orang tu kan dia kan reject kita call kan :( Aaa terasa diri ni over pulak. But niat hati nak dengar suara dia. Haa takpelah. But sumpah rindu gilaa. Aa okaylah. Hm btw, tadi kitorang have fun dalam kelas belajar menari dengan madhi. Bukan kitorang aku sorang jee sebenarnya. Mereka jadi penonton. Hm dorang tahu kpop jee kot. Hm lifeless betul ahahaha sorry guys. Haa disebabkan mereka ini tidak tahu menahu maka dengan itu saya ajarlah mereka tarian hindustan. Aaa cool rite(Y) .. Malangnya sekor pun tak reti nak follow. Tapi ada orang cakap kami ni gedik. Oh eh kesah? Ceh haha biarlah nikan hidup kami. #JanganSibukHidupKami cehmenda ah. Sorry lah kami just nak hiburkan bday girl heheee. HAPPY BIRTHDAY NIK NAJWA. WE ALL LOVE YOU DARL :*

 

Haaa siapa tahu apa tu cinta? Cinta itu buta? Oh noooo. Aku pun taktahu apa itu CINTA. Aku takpernah jatuh cinta dengan sesape kecuali dia. I jujur ni uolz. Selama ni cinta monyet jekot. Kali ni cinta ayam ceh k tak lawak. Sekarang ni cinta ikhlas forever nd ever. Susah kot nak lupakan dia. Nak move on laaaaagi susah. Tapi mama ajar suapaya jadi seorang yang penyabar :3 huehuehue. Takpe i have them. Mereka lah segalanya cehh haa nampak tak tu? Haha itee sayang korang kasi muah sikit :* Tapi even ada diorang pun tak sama kalau dia tetap takde. Aahh apehal semua cerita mesti ada dia. Biarlah dia kan penting :3 Aaa okaylah stop sampai sini kang tak habis sampai besok. Assalamualaikum :)

HOOLAA

Hohoo dah habis lipat kain. Wah lega gilaa rasanya. Sejak menjak bibik lari rumah tu haa aku lah pengganti nya. Kemain ramai anak dara kat rumah ni tapi semua pemalas kecuali itee :3 hikhik. Ceh haha takdelah memandangkan yang tua tua semua dah kerja tinggal yang muda dan manis dirumah haa yang itulah yang kena jadi maid. Masalahnya yee masalahnya apa yee aaa taktahu nak cakap apa haha kbye :p

Well, result sumpah menyakitkan hati rasa nak koyak koyak jee paper eii tension gilaa babeng. Tapi nak menyesal dah tak guna kan. Then dpat lah number 20 lebih. Erk? Teruk gila kot. Redha dan asrah jelah. Aaa lagi satu fira kan dia kan dapat number 6. Nampak jee dia suka main tapi dia study in silent #OhMyEnglish. Dia pandai orangnya walaupun adakalanya dia gila. Aaa okay lah

12 June 2012 ♥

 
Haaa sedih laa harini kita punya anniversary. Haha ceh takdelah harini genap kita sebulan lah sayang ;') Hm tuu pun kalau kita still lagi. Tapi sukahati aku lah aku nak wish jugak. 'Awak awak, happy one month awak  :'> Hm kalau tak sekarang mesti kita tengah makan kek kan kan kan? Haha menda merepek jee. Sedih lah tadi kita baca conversation kitaaa jee. Huhh sosad. Nasib baiklah aku ni tabah orangnya hekhek.. Kenapa ek kita tak boleh just go on dengan semua ni? Pleasee lah awak bagitahu kita apa salah kita. Kita betul betul nak tahu. Awak nak tahu tak, awak lah orang pertama yang kita langsung tak boleh lupakan. Sebelum ni senang je kita lupa. Tapi awak? yaAllah serious tak tipu susah nak lupakan awak. Awak jampi kita eh? Cehmenda lah haha kay sorry gurau sajaaa.


Kita rindu awak oh :/ Hm kita rasa macam nak nyanyi lagu rindu setengah mati je dekat awak ceh kay tak lawak. I wish you were here rite now. Kita makan kek sama sama, tiup belon sama sama, kenyit mata sama sama ceh pelik pelik jee. Tapi kalau betul pun best jugak kan. Alangkah indahnya dunia ini~ Aaa tapi tu semua tinggal harapan jee. Harapan hanya harapan. Kenangan hanya kenangan. Tak gitu? Aaa okaylah taktahu nak cakap apa dah. Btw, selamat sebulan awak ;) 


♥I DONT KNOW HOW TO BE SOMEONE THAT YOU WOULD MISS♥

HARAPAN

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Dunia ku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku 
Kau yang dihati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Well tak salahkan kita nak berjiwangan petang petang macam ni. Ceh takdelah tu lagu from Mafa - Buatku di sana. First time dengar mesti ulang banyak kali. Lagu ni best angat angat and dia ada kena mengena dengan itee muehehe.. Ditinggalkan yeaah thats the point. 

Okay tadi kat twtr ada #WordsThatIHate.. Macam biasalah nak buat tapi tak berani. Nanti dilabel 'ain desperate over obses' Haa and sowhatever. Sebenarnya lah #WordsThatIHate 'Kita rindu hidup sorang sorang' ..Huhh that words takkan kulupa. Tapi apa kata pepatah tu Let bygones be bygones. Haaa yang lepas tuh biar lah lepas. Haaa tapi kalau aku tahu benda ni nak jadi, aku takkan lepaskan kau. Aku ikat kau zip mulut kau supaya kau tak cakap mintak semua benda yang aku benci tuu. Hmm kalaulah aku boleh undurkan masa. 

Hey you, kita rindu awak. Boleh tak awak buka pintu hati awak untuk kita? Untuk kita sorang je.. Tak boleh takpe :/ Tapi kena boleh jugak. Cehmenda merepek jee. Tapi kalau betul apa salahnya kan kan kan? Hmm.. Okaylah nak mandi.
Byee xoxo :'> 

SAD DAY ~

Okay harini dapat result exam. Sumpah tension gilaaaaaaa tengok markah tu semua. YaAllah nak pengsan kot. Bi and math pun boleh dapat rendah. Apa kejadahnya lah aku ni. Menyesal sekarang dah tak guna kan. Tunggu jelah mama ambik report card then tengok amenda denda dia. Aaahhh tension mak~

Okay tadi kat sekolah mata itee takboleh duduk diam. Mesti kena pandang dia. Wajib! Huhh nak buat macam mana mata yang nak sangat pandang. Tapi sebenarnya aku pun nak. Sumpah tadi takde mood nak ambik paper lagi. Then bila pandang muka dia mesti rasa lain and terasa RINDUUUU GILA BABENG .. YaAllah kau kuatkan lah hambamu ini :')

YOU

Malam ni tak boleh tidur lambat. Kerana apa ye? Kerana besok udeh sekolah. Hm rasa nak cuti lagi. Tapi siapa lah kita kan. Merungut macam mana pun tetap kena sekolah jugak. Tapi kan pergi sekolah dapat tengok dia. Dia? Hahah maaf eh saya ni suka berangan. Mesti besok mata ni gatal jee asyik asyik nak pandang dia. Nakal dok? Haa sukahati aku lah. Aku rindu dia so aku kena tengok dia lama lama. Haha takdelah segan lah nak pandang dah lah aku ni syok sendiri. Sebenarnya kan malam ni ada Mentor. Final pulak tuu. Kita kalau boleh nak Ella menang emm Ogy pun okay jugak kot. Aaa biar lah mereka. Besok first first sekali nak peluk dorang erat erat haha. Rindu dooooo. Tapi aku lagi rindu dekat kau. Haa kau lah siapa lagi. Tapi tak boleh peluk dia hm sobsobsob haha. Itee ni banyak guna ayat dia. Haa kan kan kan? Act aku rindu nak dengar suara dia especially lawak dia. Haha sebenarnya kan kau ada bakat oh nak jadi pelawak #iniserius Hmm sumpah rindu nak dengar kau gelak. Rindu gilaaaaaaaaaaaaa.. Dah lah boleh jadi gila aku harini. Gua nak pergi tengok mentor nih.
TataTitiTutu~

VIETNAM

Haii haritu gua sama cousin gua sama mama gua hohoholiday di Vietnam. Best weh best gilaaa. Tapi last day holiday tu hilang keseronokannya. Hm malas ah nak ingat. Aaa nak tengok gambar tak? Hm sekali sekala mencapap dekat blog tak salah kan? Haha takdelah niat hati just nak share share jee. Sharing is caring rite? muehehe :3
Halal Saigon Restaurant 
Atas keldai haha *bersama mama 
 Tea break *bersama eiylaaa
Cucchi Tunnel Vietnam

War Meseum Vietnam *gambar twtr hihii


Aaa actually banyak lagi tapi malas nak upload. Hihii taknak mencapap banyak banyak. Ceh takdelah penat ah tunggu dah lah internet tengah membongak ni. Heh sabar jelah. Btw, kat sana kan best sangat sangat. But.. cer tengok last pic tuu. The date was 060612. Haa senyuman ikhlas tu. Ceh tak ikhlas langsung senanya. Time tu rasa sedih kecewa frust semua perasaan ada lah.. Nak sembunyikan kesedihan kaaannn.. Nampak cool kan itee? Ceh haha time tu otak tengah bergerak berfikir 'kenapa kau tak boleh tunggu aku balik bangi then kita settle baik baik?' Err dah lah.. Haa sekarang itee dah rindu vietnam dah hmm gedik dok? Apape pun Bangi still the best lah. Yelah kalau bangi ni takde mesti aku tak jumpa dia kan. Tak gitu? Haa dah lah asyik asyik dia. Okaylah sampai disini sahaja pengembaraan kita hari ini. 
(: Sekian :)


TRUE LOVE NEVER DIES



Okay dekat twitter kan ada #MentionPeopleThatMakesYouSmile. Aku sebenarnya takut nak mention dekat twitter. Haa bukan takut apa, kang dia cakap aku ni over lee pulak. But the truth is #PersonThatMakesMeSmile AhmadAzhan.. Itu cerita benar tiada muslihat atau penipuan. Lagipun itee ni tak pandai nak tipu perasaan sendiri ahaks.Besok nak masuk sekolah dah. Haa taktahu lah camane nanti. Mesti rasa awkward sangat dah lah satu kelas. Nasib baik itee ni tabah orangnya hihii. Takpelah mama ajar kita supaya jadi seorang yang penyabar. Kenapa ek aku mesti nak nangis benda yang dah lepas. Benda yang lepas jangan dikenang kan? Haa tapi tu jelah sweet memories itee :3 Kalau tak dikenang sia sia jelah selama ni kita cipta kenangan sama sama kan kan kan? Hm lifeeeeeeee. You dont know how strong I am to face all this  . Tapi mama kata kalau nak hidup DontGiveUp . Yeaahhh aku takkan mengalah hoyeah c(:

♥  I just want things to go back to the way we used to be  ♥

ALONE








Hm ni first time share story dekat blog sambil menangis. Sedih sangat ni. Aaa tetiba je teringat dia. Stupid huh? Alah biar lah bukan selalu hingus ni dapat mengalir keluar dari hidung HAHA. Hmm sumpah lah tak tipu rindu setengah mati dekat kau oh. Camane nak buang perasaan ni? Susah oh :/ Eiy awak nak tahu tak takde orang lain boleh sayang awak sepertimana kita sayang awak. Ceh k perasan ..Kita alone oh awak. Since awak kemana mana kita sorang sorang je duduk diam diam pegang phone tunggu text or call from awak. Sungguh pedih rasa hati ini.. Nasib baik lah ada mereka yang boleh menenangkan hati aku yang kekadang menyakitkan hati jugak hehe sorry guys kasi muah sikit :* You all the best lah ! But still tak sama kalau dia takde. Aahh why always you? Hmmmm :'/

Okaylah nak pergi buang hingus ni huehuehue. Byee uolz :'D

WHY OH WHYY

~Jika kau ubah fikiran aku kan setia menanti... Jika kau perlukan teman carilah disini~
 
Nyanyi lagu Mila kejap. Kalau awak ubah fikiran cari kat sini eh. Khas untuk awak jee muehehe :3
You know what? Kita betul betul nak tahu apa salah kita dekat awak oh. Pleasee just tell me :/ Apape pun kita mintak sorry lah kalau sepanjang perjalanan kita bersama kita ada buat awak kecil hati ke marah ke apa ke. Aaa serious oh tangan aku gatal je nak call kau. Tapi kalau call mesti kau taknak angkat en pastu kalau angkat pun nanti mesti taktahu nak cakap apa then mesti endcall. Aahh hidup mengapa harus begini . Kenapa ek kau datang dalam hidup aku tapi kau buat aku ceni? Hm tak boleh nak salahkan kau jugak, maybe aku yang salah kalau tak kau takkan buat cenggini kan? Tapi apa salah aku? I just want to know :((( .. But you must know something ..Kita tak pernah menyesal kenal awak


♥  YOU'RE THE BEST THING THAT EVER HAPPENED TO ME 

TEARDROPS

I dont give a fuck to love cause without love maybe i didnt know him until now..
Haa nampak tak ayat aku tu? Ohsem bukan? Hm thats what we called cinta haha. Cinta? Apa itu cinta? Hahah dah lah stop. Sor lah bila dah malam cenggini kewarasan jugak sukar dikawal. 

Okay i already miss him. Act tiap masa rindu. Haa tapi ni dikira macam syok sendiri ah sebab rindu aku ni tak dibalas. Tapi takpelah bukan semua yang inginkan akan tercapai kan kan kan? Aaa aku nak share sikit lah sikit jee. Dah dua hari aku macam ni. Macam ni macam mana? Aaa aku menangis hm. Tapi airmata aku ni mahal dia keluar waktu tertentu jee. Tapi kan air mata aku ni paaanaasss. Orang cakap kalau kita menangis and air mata kita tuh panas maknanya tuh tangisan yang ikhlas air mata hati lah kononnya huehuehue. Tapi memang aku sedih ikhlas takde keje nya aku nak nangis pura pura macam budak tuuttt hehehe maaf.

Why haa hidup aku mesti jadi ceni? Tapi kan aku janji lah AA yang terakhir. Lepas ni biar lah aku crush on him je. Haa dia already jadi ex aku but aku still simpan hati dekat dia. Huh macam desperate kan? Tapi novel cakap 'kan ku kejar cintamu' HAHA so i ll chase his love aaa sorry #OhMyEnglish sikit hihii. Takdelah dah orang taknak kita buat apa kita nak terhegeh hegeh kan.

Tapi kan sayang awak dengar sini, kita akan tunggu awak selagi kita mampu :')

12MAY2012 :'D

<center> <center>

Well nampak tak tarikh atas tu? Mestilah nampak kan. I ll never forget that day cause it was my superspecial day ever. Hm maleh ah nak citer karang rindu pulok. Hm tu semua sejarah je or lagi sedap dipanggil kenangan terindah. Aku just bahagia dalam tempoh 25 hari sahaja. Even tak sampai one month tapi sayang aku dekat dia setinggi gunung seluas laut sebesar langit hehehe. Yang malangnya cinta tak kesampaian yang berlaku hm so sad sobsobsob HAHA. Pastu haritu 060612, hoyeah that was my sad day ever. Haa tapi nak buat camane kan bak kata orang tuo tuo ni apa ni 'takde jodoh leteww' . Biarlah orang nak cakap apa pun yang penting memang aku nak tunggu dia.

LIFE

Hi aku dah kenyang *saja bagitahu. Tadi makan pizza chesee blablabla tah nama dia. Kak lia kan kerja pizzahut so hari hari lah dia bawak bekalan ke rumah ehek. Kalau macam tu biar jelah dia kerja situ jekan takyah masuk U ngeee :B

Hm aku rasa aku takkan dapat hidup bahagia. Kalau ceni lah hari hari macam mana nak happy. Dok tercongok dekat bilik je. Tadi baru lepas kena marah dengan akak. Dia tu dah lah ada campuran darah monster hehe k. Dia marah sebab sayang. Mestilah dia marah bila adik kesayangan dia ni taknak makan ceh :p Lagipun takde mood oh nak makan. Semua benda lah aku buat takde mood. Ngada ngada betul hishh.. Btw, tadi aku baru siapkan satu design nama dia. Hm lawa lah jugak hehee. Pastu aku dah tampal dekat almari. Maka dengan itu almari akulah yang tercantik sekali dalam rumah ni hohoho .

SOMEONE

Actually ni blog ketiga dah walaupun nanyo lah. Selalu sangat buat then terbiar macam apa. Okay tu bukan ceritanya. Aaaa sebenarnya kita nak bagitahu kita suka someone ni. Bukan setakat suka kita sayang dia. Gatal dok? Ah sukahati kita lah. Nak tahu tak dia siapa? Taknak tahu takpe tapi kena tahu jugak. K tak lawak. Nama dia Azhan. Tu nama pendek. Nama panjang dia Azzhhaaaannnn. Ceh em tak lawak lagi. Nama diberi Ahmad Azhan b. Kamarzuman.

Dia sangatlah baik. Takdelah baik macam angel. But he's a nice boy. Even muka dia je macam 'apahal kau' tapi hati dia lembut. Yeah he's the one in my heart. I love him and hard to say that i dont know apa yang dia rasa dekat kita. Dulu yelah kot ada sikit. Sekarang... dah tak kot. KOT laahh. Ni nak cerita pasal dia. Azhan nikan dia caring. Dengan kengkawan dia apatah lagi. Haritu adalah menda dekat twitter #PrayForDem tah sape tah tuu tapi for sure dia tuu bestfriend azhan nilah. Pastu kita tengok dia lah yang paling risau sekali pasal member dia tu. YaAllah dia tweet macam 'dem' tu adik dia. Tak payah nak terkejut sangat lah senanya sebab dia memang caring and loving orangnya. And kita suka tengok dia main dengan budak kecik. Ehh comelnyeeee :3 Walaupun kita tak pernah tengok tapi kita pernah dengan through the phone. Dia cakap macam ni dekat arisa 'kalau nak, kiss abang dulu' walaupun nampak gedik and ngada ngada tapi ianya sangat comel yee *melting. Aaa lagi satu kaum terdekat dia mesti panggil dia 'abang'. Takdelah macam abang sangat tapi emm boleh lah hehee. Dia baran sikit lah, sikit je tupun kalau ada benda yang tak kena but dia kekadang boleh jadi superduperhyperactive and time tulah boleh nampak kecomelan dia dengan lawak lawak dia haha.

Okaylah sesape yang kenal dia, kirim salam dekat dia eh :'D Byeeeeeeee ..

Hihii baru punyaa :3

Okay, ni blog baru. Blog lama tah hidup lagi ke tak. Hm harap harap hidup lagi lah eh jagadiri eh oldblog. Takecare sobssobss :'D

Hii Ebelibaaaaddiii . Have a nice day :D